Posts

AKTIVITI MENARIK DI INAP DESA KUALA TAHAN

Image
 AKTIVITI MENARIK DI INAP DESA KUALA TAHAN, PAHANG 1. BERMALAM DI RIMBUN - Bermalam di rimbun merupakan satu aktiviti untuk memerhati hidupan liar yang melawat kawasan jenut berhampiran. Dalam pada masa yang sama, pelancong juga dapat menikmati suasana tenang dengan dikelilingi hijauan hutan serta bunyi-bunyian serangga malam, unggas, air sungai dan sebagainya. Bayaran yang dikenakan untuk satu malam adalah RM 5.00. 2. TITIAN KANOPI - Pelancong dapat menikmati pemandangan Taman Negara daripada titian kanopi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang (550 m) dan ketinggian daripada tanah setinggi 45 meter.  Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini adalah RM 5 kepada orang dewasa dan RM 3 kepada kanak-kanak. 3. KEMBARA GUA - Pelancong dapat menikmati pengembaraan di gua batu kapur yang masih cantik dan tidak diganggu seperti Gua Daun Menari, Gua Kepayang Besar dan Gua Kepayang Kecil. 4. EKSPLORASI SUNGAI - Perjalanan para pelancong sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Tahan anta...

KEPENTINGAN INAP DESA

KEPENTINGAN INAP DESA KUALA TAHAN, PAHANG Inap desa Kuala Tahan terdapat beberapa kepentingan yang dapat dilihat dari aspek utama iaitu:  1. PEMERKASAAN EKONOMI SETEMPAT - Inap desa mampu memberi peluang pendapatan kepada penduduk kampung melalui penyewaan rumah kediaman, sewaan bot, penyediaan makanan tradisional, perkhidmatan pemandu pelancong dan kraftangan. Dalam hal ini dapat dilihat bahawa mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan secara mampan. 2. SOKONGAN KEPADA EKO PELANCONGAN TAMAN NEGARA - Kuala Tahan dikatakan merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Dalam ha ini, Inap desa mampu menyokong konsep pelancongan lestari dengan menawarkan penginapan yang berskala kecil dan lebih mesra alam berbanding dengan pembangunan yang besar-besaran. 3. PEMELIHARAAN BUDAYA DAN TRADISI TEMPATAN - Pelancong berpeluang untuk mengetahui mengenai kehidupan kampung seperti makanan tradisional, adat resam, permainan rakyat dan pelbagai aktiviti lain. Pelbagai adat dan buday...

HUBUNGAN INAP DESA DENGAN INDUSTRI BUDAYA

Image
HUBUNGAN INAP DESA DENGAN INDUSTRI BUDAYA 1. PEMELIHARAAN DAN PEWARISAN BUDAYA TEMPATAN -   Aktiviti yang disediakan di Inap Desa Kuala Tahan, Pahang berperanan sebagai suatu platform dalam mengekalkan budaya masyarakat tempatan. Misalnya, hal ini dapat dilihat menerusi adat hidup berkampung Melayu Pahang seperti gotong-royong, permainan serta makanan tradisional, bahasa pertuturan dan seumpamanya. Hal ini dapat dikatakan bahawa pengamalan budaya yang dipraktikkan ini dapat diperkenalkan kepada pelancong yang datang sebagai produk warisan budaya. 2. MENDALAMI BUDAYA ORANG ASLI -   Budaya komuniti di Kuala Tahan sangat berkait rapat dengan alam sekitar, khususnya sungai dan hutan. Hal ini memperlihatkan hubungan yang dibentuk melalui pengetahuan semula jadi dan kemahiran tradisi yang diperoleh dalam memanfaatkan sumber alam secara lestari. Aktiviti pelancongan seperti Jungle Trekking, lawatan ke perkampungan Orang Asli dan Night Walk menjadi medium memperkenalkan war...

PENGENALAN & LATAR BELAKANG INAP DESA KUALA TAHAN

Image
PENGENALAN Kuala Tahan merupakan sebuah kampung kecil di tepi Sungai Tembeling, Pahang.Ia terkenal sebagai pintu masuk ke Taman Negara Malaysia iaitu salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia. Selain menjadi destinasi pelancongan alam semula jadi, ia menawarkan pengalaman inap desa yang membolehkan pelancong tinggal di rumah kampung yang ringkas tetapi selesa, berinteraksi dengan komuniti tempatan, mencuba hidangan tradisional dan mempelajari budaya serta cara hidup penduduk. Pengalaman ini bukan sahaja memberi peluang bersantai di hutan tropika, tetapi juga menghargai warisan budaya tempatan, menjadikan inap desa Kuala Tahan gabungan unik antara pelancongan alam dan penghayatan budaya. LATAR BELAKANG Industri inap desa di Kuala Tahan berkembang selari dengan peningkatan pelancongan ke Taman Negara yang menjadi tarikan utama pengunjung dalam dan luar negara. Konsep inap desa ini sebahagiannya bertujuan mempromosikan pelancongan komuniti, di mana penduduk tempatan mendapat manfaat...

NAMA AHLI KUMPULAN

1. NABIHAH BINTI FAUZI (A202134) 2. ROSNABILA EMYLIA BINTI ROSDI (A201925) 3. NUR ALIEYA YASMIN BINTI ROSLI (A201662) 4. NUR DINA BINTI ANUAR (A200809) 5. NORFAZZIERA FARHANA BINTI HUZMI (A202048) 6. NUR AISYA SAHIRA BINTI MUHAMAD NAZLI (A200839)

KESIMPULAN

KESIMPULAN Secara ringkasnya, Inap Desa Kuala Tahan, Pahang merupakan destinasi pelancongan komuniti yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dengan penghayatan budaya tempatan secara lestari. Melalui pelbagai aktiviti berasaskan alam dan budaya, inap desa ini bukan sahaja memberi pengalaman bermakna kepada pelancong, malah membantu memperkasa ekonomi penduduk setempat, memelihara warisan budaya serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar, sekali gus menjadikannya model pelancongan mampan yang memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti dan generasi akan datang.