KEPENTINGAN INAP DESA
KEPENTINGAN INAP DESA KUALA TAHAN, PAHANG
Inap desa Kuala Tahan terdapat beberapa kepentingan yang dapat dilihat dari aspek utama iaitu:
1. PEMERKASAAN EKONOMI SETEMPAT
- Inap desa mampu memberi peluang pendapatan kepada penduduk kampung melalui penyewaan rumah kediaman, sewaan bot, penyediaan makanan tradisional, perkhidmatan pemandu pelancong dan kraftangan. Dalam hal ini dapat dilihat bahawa mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan secara mampan.
2. SOKONGAN KEPADA EKO PELANCONGAN TAMAN NEGARA
- Kuala Tahan dikatakan merupakan pintu masuk utama ke Taman Negara Pahang. Dalam ha ini, Inap desa mampu menyokong konsep pelancongan lestari dengan menawarkan penginapan yang berskala kecil dan lebih mesra alam berbanding dengan pembangunan yang besar-besaran.
3. PEMELIHARAAN BUDAYA DAN TRADISI TEMPATAN
- Pelancong berpeluang untuk mengetahui mengenai kehidupan kampung seperti makanan tradisional, adat resam, permainan rakyat dan pelbagai aktiviti lain. Pelbagai adat dan budaya yang diperkenalkan kepada pelancong mampu membantu untuk mengekalkan budaya Melayu setempat.
4. PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR
- Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar turut dilaksanakan seperti pendakian, bermalam di rimbun, titian kanopi, lawatan ke sungai-sungai dan pemerhatian flora dan fauna mampu meningkatkan kesedaran pelancong tentang pentingnya pemuliharaan hutan hujan tropika.
5. PEMBANGUNAN SOSIAL KOMUNITI
- Program Inap desa dapat menggalakkan kerjasama antara komuniti setempat, meningkatkan kemahiran dalam komunikasi, pengurusan yang cekap dan mewujudkan usahawan dalam kalangan penduduk kampung.
Comments
Post a Comment