AKTIVITI MENARIK DI INAP DESA KUALA TAHAN
AKTIVITI MENARIK DI INAP DESA KUALA TAHAN, PAHANG
1. BERMALAM DI RIMBUN
- Bermalam di rimbun merupakan satu aktiviti untuk memerhati hidupan liar yang melawat kawasan jenut berhampiran. Dalam pada masa yang sama, pelancong juga dapat menikmati suasana tenang dengan dikelilingi hijauan hutan serta bunyi-bunyian serangga malam, unggas, air sungai dan sebagainya. Bayaran yang dikenakan untuk satu malam adalah RM 5.00.
2. TITIAN KANOPI
- Pelancong dapat menikmati pemandangan Taman Negara daripada titian kanopi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang (550 m) dan ketinggian daripada tanah setinggi 45 meter. Bayaran yang dikenakan untuk aktiviti ini adalah RM 5 kepada orang dewasa dan RM 3 kepada kanak-kanak.
3. KEMBARA GUA
- Pelancong dapat menikmati pengembaraan di gua batu kapur yang masih cantik dan tidak diganggu seperti Gua Daun Menari, Gua Kepayang Besar dan Gua Kepayang Kecil.
4. EKSPLORASI SUNGAI
- Perjalanan para pelancong sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Tahan antara aktiviti yang menarik kerana akan melalui beberapa buah jeram. Dalam pada masa yag sama pelancong turut dapat melihat pokok tualang, Santuari ikan kelah dan Lata Berkoh. Bayaran yang dikenakan adalah Rm 250.00 bagi sebuah bot dan hanya dibenarkan 4 orang penumpang sahaja.
5. PEMERHATIAN BURUNG
- Pemerhatian burung juga merupakan aktiviti yang menarik kepada pencinta unggas kerana terdapat 380 spesies burung di Malaysia yang terdapat di Taman Negara.
6. MENDAKI GUNUNG TAHAN
- Aktiviti pendakian juga merupakan satu aktiviti yang menarik bagi pencinta alam. Gunung Tahan merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dan pendaki memerlukan masa yang lama untuk aktiviti pendakian iaitu selama 7 hari dengan laluan yang begitu mencabar. Bayaran yang akan dikenakan sebanyak RM 1200 bagi perjalanan selama 7 hari bersama pemandu arah gunung dan pendakian maksimum kepada 10 orang bagi satu kumpulan.
7. LAWATAN KE PENEMPATAN ORANG ASLI DAN RAPID SHOOTING







Comments
Post a Comment