HUBUNGAN INAP DESA DENGAN INDUSTRI BUDAYA
HUBUNGAN INAP DESA DENGAN INDUSTRI BUDAYA
1. PEMELIHARAAN DAN PEWARISAN BUDAYA TEMPATAN
- Aktiviti yang disediakan di Inap Desa Kuala Tahan, Pahang berperanan sebagai suatu platform dalam mengekalkan budaya masyarakat tempatan. Misalnya, hal ini dapat dilihat menerusi adat hidup berkampung Melayu Pahang seperti gotong-royong, permainan serta makanan tradisional, bahasa pertuturan dan seumpamanya. Hal ini dapat dikatakan bahawa pengamalan budaya yang dipraktikkan ini dapat diperkenalkan kepada pelancong yang datang sebagai produk warisan budaya.
2. MENDALAMI BUDAYA ORANG ASLI
- Budaya komuniti di Kuala Tahan sangat berkait rapat dengan alam sekitar, khususnya sungai dan hutan. Hal ini memperlihatkan hubungan yang dibentuk melalui pengetahuan semula jadi dan kemahiran tradisi yang diperoleh dalam memanfaatkan sumber alam secara lestari. Aktiviti pelancongan seperti Jungle Trekking, lawatan ke perkampungan Orang Asli dan Night Walk menjadi medium memperkenalkan warisan alam sebagai sebahagian daripada industri budaya berasaskan pelancongan. Dalam pada masa yang sama, pelancong dapat mendalami dan menghayati keunikan adat resam dan budaya komuniti Orang Asli yang jarang sekali dapat diketahui oleh mereka.
3. PENJANAAN EKONOMI BERASASKAN BUDAYA
- Inap Desa Kuala Tahan, Pahang menjadikan cara hidup dan pengetahuan budaya komuniti tempatan sebagai sebuah produk industri budaya. Semua aktiviti yang disediakan memberi peluang dalam penjanaan pendapatan mereka kerana setiap produk tersebut dikomersialkan secara terkawal. Misalnya melalui hasil wang penginapan, pakej aktiviti dan perkhidmatan tempatan. Hal ini berupaya membantu dalam meningkatkan taraf hidup komuniti sekaligus memanfaatkan adat warisan mereka sebagai salah satu sumber ekonomi.



Comments
Post a Comment